Sunday, May 13, 2018

Tips Bina Bisnes Dengan Blog.

Assalamualaikum wbt. 

Semalam, Ostajah Vitamin join kelas Bina StoryBrand Melalui Blog yang dianjurkan oleh upline Ostajah Vitamin, iaitu Neni Harlina Chalo. 

Jadi hari ini, Ostajah Vitamin nak kongsikan sedikit tentang ilmu berharga yang Ostajah Vitamin dapat daripada kelas semalam.

Inilah kelas yang Ostajah Vitamin join semalam. 

Bagaimana Nak Bina Bisnes dengan Blog Ni Sebenarnya?

Sebenarnya, bagi pendapat Ostajah Vitamin, nak bina bisnes melalui blog bukanlah begitu susah, tapi perlu ada ilmu.

Sebab, kita perlu ingat. Blog yang kita tulis untuk suka-suka dan blog yang kita tulis untuk bisnes, lain gaya penulisan yang perlu kita aplikasikan. 

Ada dua perkara penting yang perlu kita pegang untuk menjalankan perniagaan melalui medium blog, iaitu :

1- StodyBrand yang Baik Untuk Bisnes Menggunakan Blog 

StoryBrand di sini bermaksud bagaimana kita merangka jalan cerita blog untuk kita menarik bakal pembeli kita. 

Kena tahu apa masalah bakal pembeli, apakah avatar bakal pembeli dan juga apakah penyelesaian yang boleh kita cadangkan kepada mereka. 

Oh ya, lagi tips!

Janganlah asyik tulis artikel menjual sahaja. Orang pun muak, ye dak? Kena ada strategi yang betul, berapa kali seminggu nak tulis artikel menjual. 

Kena selang-selikan juga dengan artikel-artikel santai. Barulah secara tak langsung kita membina hubungan dengan pembaca. Kan? 

Siap dapat jadual lagi,untuk  tajuk yang kita nak tulis dalam blog, dalam masa 30 hari! BEST! 


2- SEO @ Keyword yang Digunakan dalam Penulisan Blog. 

SEO adalah ringkasan bagi SEARCH ENGINE OPTIMIZATION. Atau bahasa ringkasnya ialah, apa kata kunci yang perlu kita gunakan dalam menulis blog. 

Sebelum menulis blog, kita perlu tahu keywords yang kita nak guna. Ramai sebenarnya yang tak faham, nak guna keyword apa yang sesuai? 

Ok, tips mudahnya, kita letakkan diri kita sebgaai pelanggan yang ada masalah. Apa yang kita akan taip di Google untuk kita cari penyelesaian masalah kita. 

Haaaa, faham tak?

"Saya Ada Anak Kecil, Tak Sempatlah Nak Taip Blog untuk Bisnes Saya."


Terpulang kepada diri masing-masing. Setiap daripada kita, ada pilihan untuk guna medium apa yang sesuai dengan diri kita.

Tambahan pula, sekarang zaman teknologi di hujung jari. Selain blog, kita boleh gunakan Instagram atau Facebook.

Cuma kelebihan blog, dia menghasilkan keuntungan dalam jangka masa yang panjang. Bukanlah boleh terus cepat kaya, cepat dapat customer kalau hari ni kita menulis satu entri.

Ibaratnya, kita menanam pokok durian. Mengambil masa yang lama untuk berbuah, tapi hasilnya sangat menguntungkan.

Jadi, dah pilih medium anda?

Nak tahu lebih lanjut macam mana nak conquer bisnes Shaklee menggunakan blog?

Boleh hubungi Ostajah Vitamin, dengan klik icon Whats App di bawah ni ye.

Klik sini ya untuk terus hubungi Ostajah Vitamin. 

Setakat ini dulu coretan Ostajah Vitamin  Terima kasih kerana membaca contengan ini. Jumpa lagi di lain entri.

Assalamualaikum wbt. 😊

No comments:

Post a Comment

Vitamin C dan Diabetis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.  Harini OV nak share tentang kaitan Vitamin C dengan penyakit diabetis.  Bagaimana...